BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 5, 2011

█▓▒░► ●Sungai● ◄░▒▓█

Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.
Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.

░► ● JABATAN AIR TERENGGANU● ◄░

Jabatan Bekalan Air Terengganu (kawal selia) telah ditubuhkan berkuatkuasa mulai 01 Julai 1999 iaitu serentak dengan tarikh pengkopratan Jabatan Bekalan Air Terengganu yang dijadikan sebagai Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).
Penubuhan Jabatan Bekalan Air Terengganu asalnya adalah bertanggungjawab dalam urusan kawal selia urusan air adalah lanjutan dari keputusan Majlis Mesyuaratnya kali ke 19 pada 27 Jun 1999. Y.M Dato' Syed Ahmad bin Kassim telah dilantik sebagai Pengarah Bekalan Air Negeri Terengganu yang pertama mulai 1 Julai 1999.
Sehingga sekarang seramai empat orang pegawai telah menjawat jawatan Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri, dengan Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri sekarang mula menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri mulai 26 Disember 2004.
Jawatan Pengarah Bekalan Air Negeri adalah jawatan terbuka, tetapi sejak ia ditubuhkan ianya diisi oleh Pegawai dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri
Dari segi operasinya, Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu mula beroperasi secara rasmi pada 01 Ogos 1999 dan ditempatkan di Tingkat 2, Wisma Negeri dengan bilangan kakitangan Jabatan yang diluluskan ialah 10 orang. Pihak Jabatan telah memohon tambahan kakitangan (Jurutaip, Pembantu Am Rendah dan Pemandu Kenderaan Bermotor) bagi melicinkan urusan jabatan.
Selaras dengan itu pindaan Perlembagaan Persekutuan terbaru di mana air telah dimasukkan dalam jadual bersama Persekutuan Negara, Kawal Selia urusan air telah dipecah dua di mana Kawal Selia Air mentah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri sementara Kawal Selia Air yang telah diproses termasuk aktiviti dari loji hingga ke 'billing' adalah tanggungjawab agensi Kerajaan Persekutuan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

█▓▒░► ● OBJEKTIF● ◄▒▓█

1. Mengkaji bagi pewartaan kawasan yang sesuai sebagai kawasan tadahan air mentah
2. Mempastikan kawasan tadahan air mentah sentiasa dalam keadaan terkawal supaya air mentah tidak banyak masalah untuk diproses menjadi air minum yang selamat untuk kegunaan
3. Mempastikan bekalan air mentah sentiasa mencukupi untuk keperluan awam dan industri di negeri ini
4. Memantau perlaksanaan projek-projek pembangunan bekalan air bagi pihak Kerajaan Negeri supaya selaras dengan aspirasi keperluan rakyat tempatan
5. Memberi pandangan teknikal dari segi bekalan air mentah terhadap projek-projek yang hendak dilaksanakan yang melibatkan kawasan tadahan air mentah
6. Menyiasat aduan-aduan pencemaran air mentah yang boleh menjejaskan bekalan air mentah untuk keperluan loji memproses air.

░► ● PERUTUSAN PENGARAH● ◄░

Assalamualaikum dan selamat datang diucapkan kepada pengunjung-pengunjung laman web kami, Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu.

     Saya berserta semua warga Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanawataala kerana Jabatan Bekalan Air Negeri dapat juga menyedia laman web jabatan bagi turut sama menyedia ruang penyampaian maklumat dan ruang berinteraksi secara 'ICT' dengan masyarakat sebagaimana yang menjadi "trend" masa kini.Saya berharap laman web ini akan berfaedah kepada masyarakat umum dalam memberi maklumat terkini tentang peranan Jabatan Bekalan Air Negeri sebagai Badan Kawalselia urusan air mentah di negeri ini.
         Urusan Kawal Selia aktiviti dari loji hingga ke "billing" termasuk juga tentang mutu air bersih yang diproses oleh operator air adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
        Jabatan ini juga akan terus terlibat dari segi Penyediaan Perancagan Pembangunan Infrastruktur Air Kerajaan Negeri dengan kerjasama operator air Kerajaan Negeri iaitu Syarikat Air Terengganu Berhad.
            
Sekian .

(DATO' HAJI MUSTAFA BIN SIDEK)
Pengarah Bekalan Air Negeri Terengganu.

░► ● ARTIKEL SUMBER AIR● ◄░

Malaysia yang kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.

Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu cara penyelesaian secara efektif yang dapat menangani masalah ini.Baru-baru ini, isu bekalan air paip yang berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ia berpunca daripada pengaliran masuk air busuk hitam(leachate) yang mengandungi ammonia dan bahan berbahaya lain dari kawasan pelupusan sampah Bukit Tagar ke aluran anak sungai dan seterusnya memasuki sungai Selangor.Bekalan air paip yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan kita bertapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya lagi malah harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah pencemaran air bertambah buruk.


Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan pengunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi, kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan. Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai, yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. Seperti yang diketahui, sumber air mentah dinegara kita kebanyakannya diperolehi terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar. Berdasarkan statistik, buat masa kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal. Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai yang paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Munurut laporan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 2004 tahun, antara sungai-sungai yang tercemar teruk adalah termasuk Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.


Pencemaran sistem sungai yang berlaku di negara kita kebanyakannya adalah berpunca dari kelodak, pembuangan dan pelepasan sisa kumbahan dari kilang-kilang dan penempatan setinggan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran air dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu Pencemaran fizikal yang merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kaca, kelodak dan kertas, Pencemaran biologi seperti najis binatang yang boleh menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan mikrob lain manakala yang terakhirnya ialah Pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada Pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat.


Munurut kajian, kira-kira 70% masalah pencemaran sungai di Malaysia adalah disebabkan oleh pembuangan sampah dan kumbahan. Pembuangan sampah sarap, sisa buangan domestik dari kawasan perumahan, perkampungan, setinggan dan lain-lain petempatan telah menyebabkan kualiti air sungai terjejas.. Penggunaan air mentah yang tidak berkualiti boleh membawa mudarat kepada manusia. Contohnya, bacteria E-coli, cacingnetamod, dan mikrob yang terhasil akibat pembuangan najis binatang ke dalam sungai akan membawa penyakit berbahaya seperti hepatisis, taun, disentri, demam kepialu dan kusta. Pembuangan najis binatang yang tidak sistematik banyak berlaku dinegara kita terutamanya di negeri Sembilan dan Selangor. Ini telah menunjukkan bahawa masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam memahami pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar


Susulan kepada jumlah permintaan air oleh pengguna yang kian meningkat berbanding dengan jumlah kualiti air mentah yang kian menurun, ketidakseimbangan ini lama- kelamaan akan menyebabkan kekurangan sumber air mentah yang sesuai dan selamat dapat dibekalkan kepada masyarakat, sebagai satu masalah besar yang akan dihadapi oleh negara. Masalah kekurangan air kian berlaku di negara kita terutamanya di Negeri Sembilan yang sering mengalami catuan air. Oleh itu, pada pendapat saya, tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini tidak harus dipikul oleh satu pihak sahaja malah masyarakat Malaysia juga harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan dan pengurusan sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke atas regim sungai dan persekitarannya.

░► ●JABATAN AIR NEGERI SABAH● ◄░

LATAR BELAKANG

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI). Pada masa ini, JANS menjalankan fungsi di bawah Enakmen Bekalan Air 2003 bagi mengawal dan mengawalselia pembekalan dan pengagihan air terawat kepada penduduk Negeri Sabah.

Terdapat 51 loji perawatan air beroperasi di seluruh Sabah dengan purata pengeluaran 927 juta liter air sehari bagi memenuhi keperluan penduduk di negeri ini. Liputan bekalan air ini telah merangkumi ke tahap 99% penduduk bandar dan 53% penduduk luar bandar dengan panjang rangkaian paip air sebanyak 8,578 km. Terdapat 351,166 pengguna berdaftar dengan JANS melalui 9 buah Pejabat Air Bahagian dan 18 buah Pejabat Air Daerah di seluruh negeri.

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN AIR NEGERI SABAH

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada asalnya menjalankan operasi sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kerja Raya (JKR), iaitu Bahagian Haidrolik, JKR. Semasa bernaung di bawah JKR, bidangkuasa Pihak Berkuasa Air sebagaimana yang termaktub di dalam Ordinan Bekalan Air Sabah 1961 (yang dikuatkuasakan pada 1hb. Januari 1962), adalah dipertanggungkan kepada Pengarah JKR Negeri Sabah.

Pada bulan April 1987, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menjadikan Jabatan Air sebagai sebuah Jabatan penuh di bawah tanggungjawab seorang Pengarah dan diletakkan di bawah Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya Sabah yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI).

Berikutan daripada itu, JANS telah ditubuhkan dengan rasminya sebagai satu Jabatan sendiri berkuatkuasa 1hb. Januari 1988 dengan kelulusan pindaan-pindaan kepada Ordinan Bekalan Air, 1961 oleh Dewan Undangan Negeri.

Bagi menjalankan bidangkuasa, fungsi dan tanggungjawabnya, Pengarah Air telah diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Air melalui pindaan yang dibuat pada 1hb. Julai 1987 ke atas taksiran Pihak Berkuasa Air dengan menggantikan ‘Director of Public Works’ kepada ‘Director of Department’ dalam seksyen 2 Ordinan Bekalan Air 1961 di samping memansuhkan Enakmen Pihak Berkuasa Air Negeri Sabah 1981 (Sabah Water Authority Enactment 1981).

 

█▓▒░► ● PERUTUSAN PENGARAH● ◄░▒▓█


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan hidayah-Nya telah mengizinkan kami menbangunkan laman web ini untuk kita berinteraksi dan menjadi medan untuk kita bersama-sama berkongsi serta menyampaikan maklumat, dengan harapan akan dapat membantu Jabatan ini mengorak langkah sehingga mencapai perkhidmatan yang cekap dan cemerlang.

Jabatan Air adalah sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang telah ditubuhkan pada 01hb. Januari 1988. Fungsi utamanya ialah untuk menyediakan bekalan air yang bersih, selamat dan mencukupi kepada pengguna domestik dan keperluan industri meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Dalam kepesatan pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Air Sabah akan sentiasa menyediakan bekalan air yang cukup sejajar dengan permintaan bekalan air semasa dengan membina kemudahan-kemudahan baru untuk meningkatkan kapasiti bekalan air, membekal serta memulihkan sistem bekalan air dan seterusnya memberikan perkhidmatan pengguna yang lebih efisyen, peka kepada kehendak pengguna, telus dan bersikap professional.
“Memberi perkhidmatan bekalan air yang terawat dan berkualiti kepada pengguna-pengguna di Sabah di bawah Enakmen Bekalan Air 2003” adalah misi Jabatan Air.
Semoga dengan adanya laman web ini para pengguna boleh melayarinya dan mendapatkan maklumat yang terkini mengenai Jabatan Air Negeri Sabah.Saya mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat, permintaan atau aduan dan sila hantarkan melalui borang aduan yang terdapat dalam laman web Jabatan ini. Semoga maklumbalas serta kerjasama anda akan membantu meningkatkan perkhidmatan Jabatan ini kepada anda. Anda juga boleh menghantar e-mel terus ke alamat AgMohdTahir.MohdTalib@sabah.gov.my
 
Sekian dan terima kasih.
Wassalam,

Ag. Mohd. Tahir b. Mohd. Talib
Pengarah
Jabatan Air Negeri Sabah,
Malaysia.

█▓▒░► ● KESEDARAN AWAM● ◄░▒▓█




 
  • Air ialah Sumber Kehidupan
  • Air untuk Alam
  • Air untuk Manusia
  • Air untuk Masa Depan

Melindungi Kawasan Tadahan Air Adalah Tanggungjawab Kita Bersama

Kepentingan Air untuk Kehidupan

Air adalah keperluan penting untuk hidup. Bayangkan hidup anda tanpa air? Namun tidak semua
air digunakan oleh manusia. Air perlu dijaga dan dirawat agar selamat diminum.

Apa itu Kawasan Tadahan Air?

  • Kawasan tadahan air ialah kawasan air yang ditampung secara semula jadi melalui landskapnya.Air hujan dan air yang dialirkan keluar dari kawasan ini akan mengalir ke dalam tasik, sungai dan laut.
     
  • Kawasan tadahan air membekalkan sumber air mentah, kawasan rekreasi, habitat tumbuhan dan haiwan serta flora dan fauna, pengairan dan industri perikanan.

Tahukah Anda?

Permintaan bekalan air semakin meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk. Namun sumbar air mentah semakin berkurangan akibat pemusnahan kawasan tadahan air, pencemaran sungai, kemarau dan pembalakan haram. Ini menyebabakan kuantiti air mentah berkurangan dan kuantiti air mentah berkurangan dan kuantitinya tercemar, dan seterusnya mengakibatkan kos rawatan air yang lebih tinggi.


Apa yang Anda Boleh Lakukan?
Kita harus bertindak melindungi kawasan tadahan air dan sumber air mentah agar dapat menikmati bekalan air yang berterusan pada masa kini dan generasi yang akan datang. Antara tindakan yang boleh kita lakukan ialah;

  • Jangan cemarkan sungai dengan sampah sarap, bahan buangan kimia dan minyak engin terpakai.
  • Gunakan jenis detergen atau sabun yang boleh dibiodegradasikan.
  • Kekalkan kehijauan alam flora.
  • Laporkan kegiatan pembalakan haram, pencemaran sungai dan sebagainya.


Aliran Proses Rawatan Air

Air Mentah > Pengudaraan  > Pencampuran, Pengentalan & Flokulus  > Pemendapan  >  Penapisan  >  Tangki Sentuh & Pengimbang  > Pam Air  >  Takungan  >  Pengguna

 

█▓▒░► ● Lembaga Urus Air Selangor● ◄░▒▓█

Lembaga Urus Air Selangor atau singkatannya LUAS adalah sebuah agensi setempat pengurusan sumber air dan lembangan sungai di Negeri Selangor. Ia ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Pada 18 September 1999, majlis pelancaran  LUAS telah disempurnakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama pada masa itu. Ir. Hj. Rahmat B. Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang termasuk Pengarah.

Sejarah penubuhan LUAS adalah bermula dari arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang lalu yang meminta Kementerian Pertanian dan seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan suatu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara yang bersepadu dengan mengambil Sg. Selangor sebagai projek perintis dan ‘Thames River’ di United Kingdom sebagai model pelaksanaan. Sehubungan dengan itu penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi serta antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah dibuat bagi mempastikan tidak wujudnya sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melicinkan perjalanan institusi yang baru ini. LUAS merupakan agensi ulung di dalam pengurusan sumber air dan lembangan sungai yang dilengkapi dengan peruntukan  perundangan dan penguatkuasaan. Sekiranya perlaksanaan ini berjaya maka ia boleh dijadikan contoh atau model untuk digunapakai bagi lembangan-lembangan sungai yang lain di seluruh Negara.

Sebagai sebuah agensi setempat, LUAS dipertanggungjawabkan bagi mempastikan sumber air, lembangan sungai, perairan pantai  serta alam persekitaran  Negeri Selangor berada di dalam keadaan terpelihara dengan peningkatan kualiti melalui pengurusan sumber air dan lembangan sungai secara yang holistik, bersepadu dan lestari. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan termasuklah perancangan, penyelidikan, pengezonan, pengurusan maklumat; pengurusan alam sekitar; pembangunan, kendalian dan selenggaraan; perundangan dan penguatkuasaan serta perkhidmatan korporat.

░► ● Kronologi Penubuhan LUAS● ◄░

Pada Julai 1997 Jemaah Menteri meminta Kementerian Pertanian dan seterusnya Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kualiti air sungai dan cadangan penubuhan Lembaga atau Perbadanan sebagai institusi untuk menguruskan sumber air dan sungai dengan mengambil Sg. Selangor sebagai projek perintis.

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya menyusuli perkara ini dengan menganjurkan lawatan teknikal dan kajian awal oleh pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor ke Eropah Barat (United Kingdom, Sweden, France, Austria dan Switzerland) pada 20 September hingga 3 Oktober 1997 untuk meninjau dan mengkaji model institusi dan perundangan yang sesuai yang berkaitan pengurusan sungai di Eropah. Seterusnya diikuti dengan program bengkel, kajian terperinci oleh perunding dan menyediakan Kertas-kertas MMKN untuk tujuan ini.

Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan seperti Jawatankuasa Pemandu Penyediaan Draf Enakmen yang  dipengerusi oleh YB Penasihat Undang-Undang, Jawatankuasa Penyelaras dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang dan Pembangunan Negeri (UPPN) Selangor bagi memantau dan menyelaras penubuhan institusi dan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Pengarah JPS Negeri bagi mengkaji aspek teknikal dan pembangunan institusi.  Pada bulan Oktober 1998, MMKN telah bersetuju mengenai cadangan untuk menubuhkan Pasukan Petugas bagi menyelaras dan memudah-cara kajian berhubung dengan penubuhan Lembaga Urusungai dan Pasukan Petugas ini diketuai oleh JPS Selangor dan dianggotai oleh jabatan-jabatan berkaitan.

Penyelarasan perundangan juga telah dibuat dengan Kerajaan Persekutuan dan akhirnya pada 9 April 1999, Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan Enakmen Khas untuk tujuan ini yang dinamakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Mesyuarat Lembaga yang pertama yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar telah diadakan pada 2 Ogos 1999. Antara lain keputusan mesyuarat ialah mencadangkan perlantikan Timbalan Pengarah JPS Selangor iaitu Ir Hj. Rahmat B. Mohd Sharif sebagai Pengarah LUAS dan Enakmen LUAS mula  berkuatkuasa pada 15 September 1999.

░► ●PROGRAM PEMULIHARAAN SUMBER AIR MELALUI KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK DAN HARI KOMUNITI● ◄░

Pada 18 Disember 2010 (Sabtu) yang lalu, telah diadakan Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak Dan Hari Komuniti bersama komuniti Fasa 1L, Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Program yang dianjurkan oleh Komuniti Fasa 1L, Bandar Tasik Kesuma ini turut melibatkan pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) penganjur bersama.


Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato Dr. Hasan Bin Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam. Turut hadir ialah Y.Bhg. Dato Zainal Abidin Bin Aala, Pegawai Daerah Hulu Langat, Y.Bhg. DatoHasan Nawawi Bin Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, En. Nor Zamri bin Sondor, Pemangku Pengarah LUAS, En Ruhizad Bin Mohd Ali, Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 1L serta tetamu kehormat yang lain dan wakil-wakil penduduk untuk setiap komuniti yang terlibat.
Upacara simbolik perasmian telah dilakukan oleh semua tetamu kehormat dengan menuang sisa minyak masak ke dalam tong yang telah disediakan. Komuniti-komuniti  ini akan mengumpul minyak masak terpakai daripada penduduk sebelum dijual kepada sebuah kilang memproses sisa minyak masak kepada biodisel untuk menambah tabung persatuan.
Program ini bertujuan untuk mengubah sikap orang ramai  terhadap penjagaan sumber air dan alam sekitar terutamanya dari segi pembuangan sisa minyak masak. Ini kerana, kebanyakan suri rumah atau pengusaha restoran dan gerai  membuang sisa minyak masak yang telah digunakan terus ke dalam sinki atau longkang tanpa memikirkan kesannnya kepada  sungai dan  pesisir pantai. Justeru itu, program yang dianjurkan ini  mempunyai matlamat untuk menyedarkan orang ramai bahawa, sisa minyak masak yang telah digunakan boleh diproses semula untuk pembuatan biodiesel, lilin, bahan pencuci dan bahan campuran makanan untuk binatang ternakan.
Selain LUAS, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd juga turut serta mengadakan pameran berkaitan air. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektifnya di mana ramai penduduk yang hadir berminat untuk terlibat dalam program kitar semula sisa minyak masak ini.

█▓▒░► ● PELAN PAIP DALAMAN● ◄░▒▓█

█▓▒░► ● PROSES RAWATAN AIR● ◄░▒▓█



 

1. SUMBER AIR MENTAH
Sumber air mentah loji ini diperolehi dari Sungai Perak yang terletak berhampiran dengan loji.

Air dari sungai dipam menggunakan empat pam selam yang setiap satu berkapasiti 1,110 m3 sejam.

Air ini akan melalui beberapa peringkat proses rawatan sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Secara ringkasnya, proses rawatan air di loji ini adalah seperti berikut:

 


 

2. Saringan (Screening)
Air mentah akan melalui proses penyaringan di muka sauk (intake) untuk penapisan awal bagi mengasingkan bahan bahan fizikal seperti kayu, pasir, rumput rampai dll.

 
SUNGAI PERAK - SUMBER AIR MENTAH UNTUK LOJI PEMBERSIHAN AIR KAMPUNG SENIN


 
3. Pengudaraan (Aeration)
Air mentah dipam ke tangki pengudaraan (cascade aerator).  Di sini air didedahkan kepada atmosfera untuk meningkatkan kandungan oksigen dan juga akan menyingkirkan bau dan rasa pada air melalui proses pengoksidaan.

Proses ini juga boleh mengoksida besi (feram) dan manganese terlarut kepada keadaan tidak larut dan mendak.

 
PENGUDARAAN


 
4. Pengentalan (Flocculation)
Selepas pengudaraan, bahan kimia cecair tawas (liquid aluminium sulphate) didos ke dalam air mentah.

Air seterusnya mengalir ke dua buah tangki pengentalan (flocculation). Tindakbalas kimia akan menyebabkan zarah zarah halus bercantum membentuk kentalan (floc) yang lebih besar dan berat.

Aliran di tangki pengentalan adalah terkawal bagi memperolehi pengentalan yang optima.

Kentalan yang terbentuk akan memerangkap bakteria dan warna yang terdapat pada air.

Dos tawas yang digunakan perlu bertepatan untuk membentuk kentalan yang baik dan memudahkan proses pengenapan.

 
TANGKI FLOKULASI


 
5. Pengenapan (Sedimentation)
Air yang mengandungi kentalan (floc) akan mengalir kedalam tangki pengenapan.  Di sini kentalan kentalan yang telah bercantum menjadi besar dan berat akan mendap ke bawah tangki pemendapan (sedimentation tank) dan rnenghasilkan air yang jernih.

 
TANGKI  PENGENAPAN



6. Penapisan (Filteration)
Seterusnya air akan mengalir ke tangki penapisan. Loji ini mempunyai 4 unit sistem 'rapid gravity sand filter' yang menggunakan pasir sungai sebagai bahan penapis.  Air akan melalui pasir penapis dimana kentalan yang halus akan terperangkap pada pasir penapis tersebut.

Paip-paip di bawah pasir penapis ini akan menerima air jernih yang telah ditapis.  Untuk menjamin kualiti air, penapis pasir akan dicuci pada masa-masa tertentu.

Proses pembasuhan (back wash) penapis di loji ini dikendalikan secara automatik.

 
TANGKI  PENAPISAN



7. Pengklorinan (Chlorination)
Air yang telah ditapis akan mengalir ke tangki air bersih di mana klorin didoskan.

Pengedosan klorin adalah untuk membunuh kuman serta mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar air selamat diminum.



8. Penyesuaian pH (pH adjustment)
Kapor terhidrat (Hydrated lime) digunakan untuk memastikan nilai pH air bersih adalah di dalam julat yang dikehendaki.

pH air menjadi rendah semasa proses pengentalan kerana penambahan tawas. Oleh itu kapor didos ke dalam air bertapis untuk menaikkan semula nilai pH ke tahap yang dikehendaki.

Nilai pH yang bersesuaian diperlukan kerana jika ia berasid (rendah) ia akan menghakis paip bekalan air dan jika beralkali, ia akan membentuk mendapan pada sistem bekalan air.



9. Pemfluoridaan (Fluoridasi)
Bahan kimia 'sodium fluoride' juga didos dalam air bersih.  Fluorida didoskan untuk membantu menjaga kesihatan gigi pada kanak-kanak.


 
10. Tangki air bersih
Air yang bersih akan disimpan di dalam tangki air bersih sebelum diagihkan.



11. Pemantauan Kualiti Air (Water Quality Monitoring)
Makmal loji ini dilengkapkan dengan peralatan ujian kualiti air.  Ujian kualiti air dijalankan keatas contoh air mentah, air mendap dan air bersih.

Contoh air diambil setiap dua jam dan diuji dimakmal loji untuk memastikan air yang dibekalkan adalah mematuhi nilai piawai seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kualiti air untuk parameter pH, kekeruhan, baki klorin dan fluorida dipantau secara terus dengan peralataan ujian 'online'.

 
ALAT UJIAN KUALITI AIR 'ONLINE MONITORING WATER QUALITY'



12. Sistem Agihan Air
Dari tangki air bersih, air di pam ke Kolam Takungan Bandar Baru Seri Iskandar (kapasiti: 13.5 juta liter) yang terletak di kawasan tanah tinggi BBSl melalui paip air bergarispusat 750 mm sepanjang 9 kilometer.

Dari kolam ini, bekalan air disalurkan ke sistem agihan air melalui paip bergarispusat 900 mm dan 700 mm.

Kawasan bekalan bagi loji ini adalah meliputi keseluruhan kawasan Seri Iskandar termasuk UTP, UiTM, kawasan perindustrian BBSl, Felcra Nasaruddin, kawasan Bota Kanan, Lambor Kanan dan Pulau Tiga.

░► ● BIJAK MENGGUNAKAN AIR MENGUNTUNGKAN ANDA● ◄░


Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia.  Air amat berharga dan merupakan bahan yang sangat penting untuk kehidupan.  Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tidak mengambil peduli akan kepentingan air.
Walaupun negara kita menerima kadar air hujan yang tinggi, ini tidak bererti bahawa kita tidak akan menghadapi masalah krisis air.  Pada tahun 1998 yang lalu, negara dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan Melaka.  Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih seperti sediakala serta menelan kos yang tinggi untuk menyelesaikannya.
Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya.  Walaupun demikian, terdapat pelbagai cara kita boleh bertindak.  Sebagaimana yang anda dapati tertera di bawah ini, penjimatan air adalah mudah.  Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi sedikit perhatian terhadap apa yang anda lakukan setiap hari.

Oleh itu setiap kali anda menggunakan hos untuk mencuci halaman rumah, menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi anda, atau menangguh pembaikan paip bocor anda, fikirkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah ini.  Ambil tindakan seperti yang disarankan.  Dengan cara ini anda telahpun menyumbang kepada penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua kehidupan.
Purata satu tahun penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10 buah kolam renang berukuran sederhana.

 
Carta 1 :  Pecahan Penggunaan Air Rumahtangga

 

HALAMAN RUMAH

1.       Cara bijak untuk mengekalkan kehijauan taman anda ialah menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sebanyak 2 KALI SEMINGGU  untuk pertumbuhan yang baik.
2.       Apabila  memotong rumput, pastikan rumput halaman anda tidak dipotong terlalu pendek (kurang daripada 2 cm) kerana ini akan menyebabkan rumput anda kekurangan daun hijau yang melindungi dirinya daripada kesan pembakaran di bawah panas terik matahari.
3.       Gunakan baldi atau ‘sprinkler’ yang sesuai aliran airnya.  Sekiranya ‘sprinkler’ digunakan pastikan limpahan airnya tidak terlalu halus dan tersebar kerana mudah ditiup angin yang boleh mengurangkan keberkesanan siraman anda.  (Sprinkler’ yang lupa ditutup boleh membazir air sehingga 1,000 litre sejam).
4.       Gunakan penyiram ‘sprinkler’ halaman yang mempunyai kawalan ‘timer’ jika perlu.  Jangan lupa memeriksa masa/tempoh yang dipilih supaya ianya bersesuaian.
5.       Siram tanaman halaman anda di waktu awal pagi atau lewat petang iaitu di masa tanaman halaman anda boleh mendapat faedah yang maksimum daripada air yang  anda sirami.
6.       Terlalu kerap menyiram tanaman halaman anda boleh mengakibatkan akar menjadi pendek (cangkat) dan sukar untuk hidup.  Kurangkan kekerapan menyiram halaman anda tetapi hendaklah menyeluruh yang membantu pertumbuhan akar yang sihat.
7.       Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana ianya adalah satu pembaziran.  Landskap yang bijak boleh menjimatkan sehingga 50% kegunaan air untuk halaman anda.
8.       Sekiranya anda mencuci kenderaan anda SEKALI SEMINGGU dan membiarkan air tidak bertutup sebenarnya anda telah menggunakan 1,500 litres sejam atau bersamaan 18,000 litres setahun.  Gunakan baldi (bukannya hos yang terbuka) untuk membasuh kenderaan anda.
9.       Untuk membersihkan halaman gunakan penyapu  (bukannya hos air).  Ini boleh menjimatkan anda.
10.      Sekiranya anda mempunyai bahan baja kompos penutup bumi gunakannya agar dapat mengurangkan pengeringan tanah tanaman anda.
11.      Hadkan penggunaan hos anda secara menyiram pantas di peringkat permulaan penyiraman halaman untuk menolak kotoran dan minyak dan seterusnya membilasnya dengan air perlahan untuk menghanyutkannya.

 

 

BILIK MANDI

Sekiranya anda menggosok gigi anda sebanyak 2 kali sehari, 3 minit setiap kali,     dan membiarkan pili paip terbuka, anda akan menggunakan lebih kurang 5 litres air seminit, iaitu lebih kurang 11,000 litres setahun, seorang!!… )  Oleh itu : -
1.                  Gunakan gelas minuman untuk berkumur selepas menggosok gigi.  Kurangkan penggunaan ubat gigi yang berlebihan.  Anda boleh menjimatkan lebihkurang 9,000 litres setahun, seorang.
2.       Gunakan kepala ‘shower’ yang tidak terlalu besar.  Kebanyakan kepala ‘shower’ model lama menggunakan 20 litres seminit atau lebih daripada itu.  Model baru kebanyakannya menggunakan 9 litres seminit.  Langkah penjimatan 45% keupayaan ini dapat menjimatkan kira-kira 28,000 litres setahun seorang (Dengan kepala ‘shower’ model lama yang menggunakan 20 litre seminit, sekiranya anda mandi selama 7 minit setiap kali, bererti penggunaan adalah sebanyak 50,000 litres setahun).
3.       Jimatkan air dengan menghadkan penggunaan mandi setakat untuk membersihkan diri sahaja.  (Perbuatan ‘berkampung’ di dalam bilik air bukan sahaja membazir air bahkan juga masa yang berharga)
4.       Sebuah tandas yang bocor boleh membazir air sehingga 16,000 litres setahun.   Pastikan kebocoran di tandas dibaiki dengan segera.  Dapatkan khidmat tukang-tukang paip berdaftar untuk tujuan ini.
5.       Menggantikan tandas’single flush’ dengan ‘dual flash’ cistern boleh menjimatkan 5 litre air setiap ‘flush’.  Sekiranya rumah didiami oleh>" orang geg`sa an 3 kanak-kanak dengan 4 kali flush sux2i/seorang,* * * ianua melibatkan penjimatan sebanyak 36,500 litres setahun sekeluarga.
 

                                 DAPUR DAN MESIN PENCUCI

  Sebuah pili boleh mengalirkan air antara 15 ke 25 litres, setiap minit.  Oleh itu :
1.       Basuh pinggan mangkuk anda dengan mengisi sinki dengan suku atau separuh penuh sahaja.  Sekiranya masa membasuh lebih kurang 3 – 5 minit anda boleh menjimatkan lebih kurang 33 – 48 litres sebasuhan.
2.       Anda boleh menggunakan sehingga 120 litres air untuk mesin basuh anda setiap kali digunakan.  Oleh itu jangan gunakan mesin basuh sekiranya jumlah pakaian terlalu sedikit.
3.       Membasuh pinggan mangkuk menggunakan ‘dishwasher’ menggunakan 35 litre air sebasuhan.  Oleh jangan gunakan ‘dishwasher’ sekiranya jumlah pinggan mangkuk terlalu sedikit.
4.       Apabila anda ingin membeli mesin basuhan pakaian yang baru pilihlah jenis yang menjimatkan dari segi kegunaan air.  Anda mungkin dapat menjimatkan air dan juga wang anda di sepanjang jangka hayat mesin basuhan tersebut.

█▓▒░► ● KOMIK● ◄░▒▓█


█▓▒░► ● RISALAH● ◄░▒▓█






█▓▒░► ● MAJALAH● ◄░▒▓█