BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 5, 2011

░► ● JABATAN AIR TERENGGANU● ◄░

Jabatan Bekalan Air Terengganu (kawal selia) telah ditubuhkan berkuatkuasa mulai 01 Julai 1999 iaitu serentak dengan tarikh pengkopratan Jabatan Bekalan Air Terengganu yang dijadikan sebagai Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).
Penubuhan Jabatan Bekalan Air Terengganu asalnya adalah bertanggungjawab dalam urusan kawal selia urusan air adalah lanjutan dari keputusan Majlis Mesyuaratnya kali ke 19 pada 27 Jun 1999. Y.M Dato' Syed Ahmad bin Kassim telah dilantik sebagai Pengarah Bekalan Air Negeri Terengganu yang pertama mulai 1 Julai 1999.
Sehingga sekarang seramai empat orang pegawai telah menjawat jawatan Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri, dengan Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri sekarang mula menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri mulai 26 Disember 2004.
Jawatan Pengarah Bekalan Air Negeri adalah jawatan terbuka, tetapi sejak ia ditubuhkan ianya diisi oleh Pegawai dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri
Dari segi operasinya, Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu mula beroperasi secara rasmi pada 01 Ogos 1999 dan ditempatkan di Tingkat 2, Wisma Negeri dengan bilangan kakitangan Jabatan yang diluluskan ialah 10 orang. Pihak Jabatan telah memohon tambahan kakitangan (Jurutaip, Pembantu Am Rendah dan Pemandu Kenderaan Bermotor) bagi melicinkan urusan jabatan.
Selaras dengan itu pindaan Perlembagaan Persekutuan terbaru di mana air telah dimasukkan dalam jadual bersama Persekutuan Negara, Kawal Selia urusan air telah dipecah dua di mana Kawal Selia Air mentah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri sementara Kawal Selia Air yang telah diproses termasuk aktiviti dari loji hingga ke 'billing' adalah tanggungjawab agensi Kerajaan Persekutuan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

0 comments: