5. | Pengenapan (Sedimentation) |
| Air yang mengandungi kentalan (floc) akan mengalir kedalam tangki pengenapan. Di sini kentalan kentalan yang telah bercantum menjadi besar dan berat akan mendap ke bawah tangki pemendapan (sedimentation tank) dan rnenghasilkan air yang jernih.
|
| |
| TANGKI PENGENAPAN |
|
|
6. | Penapisan (Filteration) |
| Seterusnya air akan mengalir ke tangki penapisan. Loji ini mempunyai 4 unit sistem 'rapid gravity sand filter' yang menggunakan pasir sungai sebagai bahan penapis. Air akan melalui pasir penapis dimana kentalan yang halus akan terperangkap pada pasir penapis tersebut.
Paip-paip di bawah pasir penapis ini akan menerima air jernih yang telah ditapis. Untuk menjamin kualiti air, penapis pasir akan dicuci pada masa-masa tertentu.
Proses pembasuhan (back wash) penapis di loji ini dikendalikan secara automatik.
|
| |
| TANGKI PENAPISAN |
|
|
7. | Pengklorinan (Chlorination) |
| Air yang telah ditapis akan mengalir ke tangki air bersih di mana klorin didoskan.
Pengedosan klorin adalah untuk membunuh kuman serta mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar air selamat diminum. |
|
|
8. | Penyesuaian pH (pH adjustment) |
| Kapor terhidrat (Hydrated lime) digunakan untuk memastikan nilai pH air bersih adalah di dalam julat yang dikehendaki.
pH air menjadi rendah semasa proses pengentalan kerana penambahan tawas. Oleh itu kapor didos ke dalam air bertapis untuk menaikkan semula nilai pH ke tahap yang dikehendaki.
Nilai pH yang bersesuaian diperlukan kerana jika ia berasid (rendah) ia akan menghakis paip bekalan air dan jika beralkali, ia akan membentuk mendapan pada sistem bekalan air. |
|
|
9. | Pemfluoridaan (Fluoridasi) |
| Bahan kimia 'sodium fluoride' juga didos dalam air bersih. Fluorida didoskan untuk membantu menjaga kesihatan gigi pada kanak-kanak. |
|
|
10. | Tangki air bersih |
| Air yang bersih akan disimpan di dalam tangki air bersih sebelum diagihkan. |
|
|
11. | Pemantauan Kualiti Air (Water Quality Monitoring) |
| Makmal loji ini dilengkapkan dengan peralatan ujian kualiti air. Ujian kualiti air dijalankan keatas contoh air mentah, air mendap dan air bersih.
Contoh air diambil setiap dua jam dan diuji dimakmal loji untuk memastikan air yang dibekalkan adalah mematuhi nilai piawai seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kualiti air untuk parameter pH, kekeruhan, baki klorin dan fluorida dipantau secara terus dengan peralataan ujian 'online'.
|
| |
| ALAT UJIAN KUALITI AIR 'ONLINE MONITORING WATER QUALITY' |
|
|
12. | Sistem Agihan Air |
| Dari tangki air bersih, air di pam ke Kolam Takungan Bandar Baru Seri Iskandar (kapasiti: 13.5 juta liter) yang terletak di kawasan tanah tinggi BBSl melalui paip air bergarispusat 750 mm sepanjang 9 kilometer.
Dari kolam ini, bekalan air disalurkan ke sistem agihan air melalui paip bergarispusat 900 mm dan 700 mm.
Kawasan bekalan bagi loji ini adalah meliputi keseluruhan kawasan Seri Iskandar termasuk UTP, UiTM, kawasan perindustrian BBSl, Felcra Nasaruddin, kawasan Bota Kanan, Lambor Kanan dan Pulau Tiga. |
0 comments:
Post a Comment