BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 5, 2011

░► ●PROGRAM PEMULIHARAAN SUMBER AIR MELALUI KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK DAN HARI KOMUNITI● ◄░

Pada 18 Disember 2010 (Sabtu) yang lalu, telah diadakan Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak Dan Hari Komuniti bersama komuniti Fasa 1L, Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Program yang dianjurkan oleh Komuniti Fasa 1L, Bandar Tasik Kesuma ini turut melibatkan pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) penganjur bersama.


Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato Dr. Hasan Bin Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam. Turut hadir ialah Y.Bhg. Dato Zainal Abidin Bin Aala, Pegawai Daerah Hulu Langat, Y.Bhg. DatoHasan Nawawi Bin Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, En. Nor Zamri bin Sondor, Pemangku Pengarah LUAS, En Ruhizad Bin Mohd Ali, Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 1L serta tetamu kehormat yang lain dan wakil-wakil penduduk untuk setiap komuniti yang terlibat.
Upacara simbolik perasmian telah dilakukan oleh semua tetamu kehormat dengan menuang sisa minyak masak ke dalam tong yang telah disediakan. Komuniti-komuniti  ini akan mengumpul minyak masak terpakai daripada penduduk sebelum dijual kepada sebuah kilang memproses sisa minyak masak kepada biodisel untuk menambah tabung persatuan.
Program ini bertujuan untuk mengubah sikap orang ramai  terhadap penjagaan sumber air dan alam sekitar terutamanya dari segi pembuangan sisa minyak masak. Ini kerana, kebanyakan suri rumah atau pengusaha restoran dan gerai  membuang sisa minyak masak yang telah digunakan terus ke dalam sinki atau longkang tanpa memikirkan kesannnya kepada  sungai dan  pesisir pantai. Justeru itu, program yang dianjurkan ini  mempunyai matlamat untuk menyedarkan orang ramai bahawa, sisa minyak masak yang telah digunakan boleh diproses semula untuk pembuatan biodiesel, lilin, bahan pencuci dan bahan campuran makanan untuk binatang ternakan.
Selain LUAS, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd juga turut serta mengadakan pameran berkaitan air. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektifnya di mana ramai penduduk yang hadir berminat untuk terlibat dalam program kitar semula sisa minyak masak ini.

0 comments: