BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 5, 2011

░► ● Kronologi Penubuhan LUAS● ◄░

Pada Julai 1997 Jemaah Menteri meminta Kementerian Pertanian dan seterusnya Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kualiti air sungai dan cadangan penubuhan Lembaga atau Perbadanan sebagai institusi untuk menguruskan sumber air dan sungai dengan mengambil Sg. Selangor sebagai projek perintis.

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya menyusuli perkara ini dengan menganjurkan lawatan teknikal dan kajian awal oleh pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor ke Eropah Barat (United Kingdom, Sweden, France, Austria dan Switzerland) pada 20 September hingga 3 Oktober 1997 untuk meninjau dan mengkaji model institusi dan perundangan yang sesuai yang berkaitan pengurusan sungai di Eropah. Seterusnya diikuti dengan program bengkel, kajian terperinci oleh perunding dan menyediakan Kertas-kertas MMKN untuk tujuan ini.

Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan seperti Jawatankuasa Pemandu Penyediaan Draf Enakmen yang  dipengerusi oleh YB Penasihat Undang-Undang, Jawatankuasa Penyelaras dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang dan Pembangunan Negeri (UPPN) Selangor bagi memantau dan menyelaras penubuhan institusi dan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Pengarah JPS Negeri bagi mengkaji aspek teknikal dan pembangunan institusi.  Pada bulan Oktober 1998, MMKN telah bersetuju mengenai cadangan untuk menubuhkan Pasukan Petugas bagi menyelaras dan memudah-cara kajian berhubung dengan penubuhan Lembaga Urusungai dan Pasukan Petugas ini diketuai oleh JPS Selangor dan dianggotai oleh jabatan-jabatan berkaitan.

Penyelarasan perundangan juga telah dibuat dengan Kerajaan Persekutuan dan akhirnya pada 9 April 1999, Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan Enakmen Khas untuk tujuan ini yang dinamakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Mesyuarat Lembaga yang pertama yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar telah diadakan pada 2 Ogos 1999. Antara lain keputusan mesyuarat ialah mencadangkan perlantikan Timbalan Pengarah JPS Selangor iaitu Ir Hj. Rahmat B. Mohd Sharif sebagai Pengarah LUAS dan Enakmen LUAS mula  berkuatkuasa pada 15 September 1999.

0 comments: