BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 5, 2011

█▓▒░► ● PERUTUSAN PENGARAH● ◄░▒▓█


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan hidayah-Nya telah mengizinkan kami menbangunkan laman web ini untuk kita berinteraksi dan menjadi medan untuk kita bersama-sama berkongsi serta menyampaikan maklumat, dengan harapan akan dapat membantu Jabatan ini mengorak langkah sehingga mencapai perkhidmatan yang cekap dan cemerlang.

Jabatan Air adalah sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang telah ditubuhkan pada 01hb. Januari 1988. Fungsi utamanya ialah untuk menyediakan bekalan air yang bersih, selamat dan mencukupi kepada pengguna domestik dan keperluan industri meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Dalam kepesatan pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Air Sabah akan sentiasa menyediakan bekalan air yang cukup sejajar dengan permintaan bekalan air semasa dengan membina kemudahan-kemudahan baru untuk meningkatkan kapasiti bekalan air, membekal serta memulihkan sistem bekalan air dan seterusnya memberikan perkhidmatan pengguna yang lebih efisyen, peka kepada kehendak pengguna, telus dan bersikap professional.
“Memberi perkhidmatan bekalan air yang terawat dan berkualiti kepada pengguna-pengguna di Sabah di bawah Enakmen Bekalan Air 2003” adalah misi Jabatan Air.
Semoga dengan adanya laman web ini para pengguna boleh melayarinya dan mendapatkan maklumat yang terkini mengenai Jabatan Air Negeri Sabah.Saya mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat, permintaan atau aduan dan sila hantarkan melalui borang aduan yang terdapat dalam laman web Jabatan ini. Semoga maklumbalas serta kerjasama anda akan membantu meningkatkan perkhidmatan Jabatan ini kepada anda. Anda juga boleh menghantar e-mel terus ke alamat AgMohdTahir.MohdTalib@sabah.gov.my
 
Sekian dan terima kasih.
Wassalam,

Ag. Mohd. Tahir b. Mohd. Talib
Pengarah
Jabatan Air Negeri Sabah,
Malaysia.

0 comments: