BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 15, 2011

Sesungguhnya, rakyat Malaysia merupakan antara pengguna air yang tertinggi di negara-negara Asia. Hal ini disahkan dengan kelebihan negara ini yang beriklim khatulistiwa, mengalami panas dan lembap sepanjang tahun dan taburan hujan yang tinggi. Di samping itu, banjaran-banjaran yang berjaluran di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia dan pedalaman Sabah dan Sarawak juga memainkan peranan sebagai kawasan tadahan air hujan yang menakung air ketika hujan turun.

Namun, gesaan untuk berjimat-cermat adalah penting, lantaran banyak perkara yang di luar dugaan akan berlaku, seperti bekalan air putus. Sekiranya bekalan air putus, hampir semua urusan kehidupan tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana air merupakan sumber kehidupan. Hendak beristinjak pun susah kerana kita tidak biasa menggunakan benda selain air (batu). Sayangnya, kita asyik memperlekehkan golongan-golongan yang beristinjak dengan benda selain air. Kadang-kadang aku juga berperasaan demikian, bukan kerana pengunaanya bahan tersebut, buanglah dalam tempat-tempat yang disediakan (atau buang merata-rata kerana tiada tempat yang disediakan? Memang sedih jawapannya kerana pengurusan tandas tidak peka dalam bab ini.).

Sikap berjimat-cermat juga tidak mengundang pembaziran. Umum sudah diketahui bahawa 'membazir amalan syaitan'. Malangnya, kita mengambil mudah tentang perkara itu dengan beranggapan bekalan air takkan putus. Tidak perlu pergi jauh-jauh, kadang-kadang kita menggunakan air lebih daripada keperluan seperti kita bermandi. Hal ini akan menjadi habit atau kebiasaan dalam diri kita. Cuba sekiranya kita dicampakkan (merantau) di negara-negara yang kebiasaannya kekurangan air serta kita cuma perlu mandi tiga hari sekali (tolak mandi hadas besar), bukankah itu satu kejutan (dan mencari susah)?

Selain itu, perjimatan air juga membawa perjimatan cas pengurusan air yang dikenakan di atas kita. Mungkin bagi seorang pelajar atau manusia yang ditaja sama ada oleh ibubapa atau tinggal di asrama, perkara ini tidak disedari secara lamgsung. Bagi ibubapa, dan pihak pengurusan asrama, perkara ini amat memeningkan perkara. Manakan tidak, takrif elektrik semakin meningkat, serta kemudahan yang lain yang memerlukan pengurusan yang efisyen. Ini menyebabkan golongan-golongan ini mempunyai tekanan yang tinggi. Silap hari bulan masuk ke dalam ICU kerana memikirkan perkara ini (sekali lagi, tolak masalah-masalah lain seperti soal peribadi). Jadi, bagi mengurangkan sakit kepala golongan ini, mari kita jimat air. *Ada-ada sahaja budak nie*.

Kesimpulannya, berjimat-cermat amalan mulia. Jangan dihadkan dengan isu air sahaja. Banyak lagi perkara yang boleh kita berjimat-cermat seperti berjimat ketika menggunakan peralatan elektrik, penggunaan wang saku dan lain-lain. Namun, dalam konteks menuntut ilmu, jangan pula berasa hendak berjimat-cermat (bakhil atau kedekut), boleh membazir sedikit.

0 comments: