Bagaimana caranya? ini adalah seruan Perdana Menteri kita supaya bekalan air untuk generasi akan datang mencukupi.....(petikan suratkhabar Utusan Malaysia,13 Mac 2011)
Perdana Menteri juga berkata, dalam hal air ini ada tiga isu dan cabaran berkaitan air ini ;
-Air lebih yang menyebabkan banjir...
-Air kurang yang menyebabkan kemarau......
-Air tercemar
Jadi apakah caranya untuk menangani cabaran cabaran ini?
Kerajaan telah menubuhkan Dasar Sumber Air Negara dan institusi air negara dan negeri sebagai langkah untuk menguruskan sumber air dengan lebih efektif.
Untuk pengetahuan pembaca.....
-22 Mac yang adalah Hari Air Sedunia....dengan tema "Water for Cities, Responding to The Urban Challenge"(Air Untuk Bandar : Keperluan Dan Cabaran)
-Taburan hujan tahunan di negara kita yang sejahtera ini adalah 3000 milimeter setahun (banyak tu..)
tapi masih ada berberapa tempat yang kekurangan bekalan air...(pelik jugak...)
Bagaimana dengan diri kita pula? Apa kita boleh buat? Kita boleh jimatkan air!
- Jangan membazir air.....kalau ada anak anak pantau mereka semasa mandi.kerana biasanya kanak kanak ini mesti nak main air dan ini dah membazir (antara punca kenapa bil air tinggi).....
- Berus gigi ke,cuci muka tutup paip.....paling bergaya bagus guna air dalam bekas...jimat!
- Jangan sesekali pandang rendah kepada paip yang menitis kerana dalam setahun kalau dibiarkan macam itu kuantitinya bersamaan tangki lori SYABAS yang bawa air tu.....rugi...(bayangkan duit terbang)
oleh itu, cepat cepatlah baiki paip bocor kalau ada...
- Tak perlulah mandi lama lama..,nyanyi nyanyi tak payah (baik pergi pantai..)kurangkan masa mandi...terutama orang perempuan...
- Ini antara yang perlu diamalkan...letaklah baldi berhampiran tempat "shower" anda ketika mandi...air yang lebih dalam baldi itu boleh dibuat siram bunga....basuh tandas....
- Kalau nak siram pokok bunga , seeloknya kita buatlah tadahan air hujan....tapi jaga jaga nanti "benda" lain pula yang tumpang.......(nyamuk!)
- Dan pastikan semua paip ditutup rapat selepas digunakan...takut banjir pula rumah....kalau dah banjir kesannya menjadi makin banyak : perabot rosak,bil air naik...penat nak bersihkan rumah..semuanya berpunca daripada paip....(masa itulah nak menyesal...duit dah jalan..)
- Basuh baju biar sekali sumbat banyak....sebab sedikit atau banyak baju itu kuantiti air yang digunakan tetap sama.....konklusinya, lebih baik basuh sekali penuh terus.....air jimat,wang selamat,baju pun bersih...
- Ingat gunakan baldi ketika membasuh pinggan,kereta,siram pokok dan bunga....jangan guna air yang mengalir.....
- Pastikan juga anda membuat pemeriksaan seminggu sekali terhadap paip di rumah untuk mengelakkan kebocoran........(lagi kerap, lagi bagus)
0 comments:
Post a Comment