BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 7, 2011

█▓▒░► ●Sungai-Sungai Di Malaysia ●◄░▒▓█

Sabah
Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.
Takungan air di sungai Kinabatangan merupakan takungan air tunggal terbesar di Sabah dan membanjiri sehingga kawasan luar dari daerah Sandakan. Takungan air sungai Kinabatangan terletak 20 kilometer dari muara dan dapat mengelakkan kemasukan air masin ke sungai. Aktiviti pembalakan dan pertanian telah mengeruhkan air sungai Kinabatangan. Bagaimanapun loji pemproses air membersihkan air untuk minuman dan dipam ke Sandakan dengan menggunakan paip besi 900 mm.
Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Pengunjung berpeluang melihat kera hantu, kongkang, ungka , beruk dan lain-lain. Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan ini dibuka pada tahun 1984. Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran .
Sungai Batu Lima terletak di Sandakan, Sabah, Malaysia.
Sungai Kebun Cina terletak di Sabah, Malaysia dan mengalir dari Tanah Merah sehingga Batu 3.
Sungai Maliau merupakan ranting Sungai Kinabatangan di timur negeri Sabah,Malaysia. Di sinilah terletaknya Lembangan Maliau yang merupakan destinasi pelancongan terbaru di negeri Sabah.
Pada akhir 2004, Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan Laporan Kualiti Alam Sekitar Malaysia 2004 yang menyenaraikan Sungai Maliau sebagai antara lapan sungai terbersih di Malaysia. Kebersihan sungai-sungai tersebut membolehkan airnya dijadikan sumber bekalan tanpa memerlukan rawatan
Sungai Padas terletak di kawasan Tenom, di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah,Malaysia Timur.
Ada sebuah landasan kereta api menuju ke ulu Sungai Padas. Istimewanya sungai ini ialah kereta api dibina di sepanjang Sungai Padas. Aktiviti berkayak atau naik bot belon (White Water Rafting) menyusuri Sungai Padas ini amat menarik sekali.

Sarawak


Sungai Baram sepanjang 400 km terletak di Tanjung Baram,Miri , Sarawak. Sungai ini mengalir dari timur iaitu dari Banjaran Tama Abo ke Laut China Selatan di sebelah Barat. Dalam peta terletak pada koordinat 4° 35' 0" Utara, 114° 58' 0" Timur.
Di Sarawak dan kebanyakan tempat di Indonesia, sungai disebut juga sebagai Batang. Contohnya Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain.
Di Perak, Sungai Perak biasa disebut sebagai Batanghari. Batang Padang pula merupakan sebuah daerah yang meliputi bandar Tapah, Perak.

Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.


Sungai Miri terletak di Miri, Sarawak, Malaysia. Muara sungai ini menjadi kawasan petempatan penduduk yang penting terutama setelah petroleum ditemui di daratan Miri pada 1910. Petroleum di jumpai di Bukit Telaga Minyak, Miri dan kini dijadikan Muzium Petroleum. Ramai penduduk berhijrah ke sini terutama kaum Cina kerana banyak peluang pekerjaan. Miri juga berhampiran dengan negara Brunei dan ramai pelancong dari Brunei datang ke sini. Sebuah marina (pangkalan bot layar )dibina di Sungai Miri. Pembangunan yang pesat di bandar raya Miri menyebabkan Sungai Miri dipenuhi sampah dan perangkap sampah akan dibina bagi mengatasi masalah ini.
Pada 15 September 2008, dua pekerja kapal iaitu Ting Huang Ung, 38, dan Richard Imang, 29, 'hilang' selepas kapal "The Ark II" meletup dan terbakar kira-kira jam 8.25 pagi. Kapal ini berlabuh di Sungai Miri, Sarawak.
Pada 12 Januari 2009, kira-kira 40 kampung dan rumah panjang membabitkan 2000 penduduk di Niah, Bekenu berhadapan dengan masalah banjir. 10 buah sekolah terpaksa ditutup kerana hujan berterusan dan kejadian air pasang besar. Antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Lutong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Suai.

Sungai Sarawak terletak di barat daya negeri Sarawak,Malaysia Timur. Ulu sungai ini terletak di Banjaran Kapuas. Sungai ini terbahagi kepada 2 iaitu Sungai Sarawak Kanan dan Sungai Sarawak Kiri. Sungai ini mengairi kawasan Asa Jaya, Kuching dan lain-lain. Pantai Damai terletak di muara Sungai Sarawak.Selain sebagai sumber air dan jalan pengangkutan, sungai ini turut digunakan untuk tujuan sukan, contohnya "Regata Sarawak".
Sejak akhir-akhir ini Sungai Sarawak menyebabkan banjir yang teruk di sekitar Bandaraya Kuching iaitu Batu Kawah, Batu Kitang, Satok, Kampung Bintangor, Jalan Datuk Ajibahabol, Kudei, Tupong, Kampung Lintang, Sungai Bedil, Sungai Maong, Malihah, Gita, Landeh, Sandong dan Siniawan. Paras air sungai mencapai paras bahaya iaitu 10.8 meter pada 12 Januari 2009. Bilik Gerakan Banjir Negeri Sarawak sentiasa bersiap-siaga menghadapi bencana banjir. 119 sekolah termasuk 13 buah sekolah menengah terpaksa ditutup. Banjir besar pernah berlaku pada 24 Januari 2004 apabila Sungai Sarawak mencapai ketinggian 10.4 meter.

Sungai Adoh terletak di Bintulu,Sarawak,Malaysia. Limpahan air sungai ini pada musim tengkujuh menyebabkan beberapa kampung di sekitarnya berhadapan dengan masalah banjir seperti pada 1 Januari 2007.

Sungai Asap terletak di Bakun, daerah Belaga, Sarawak, Malaysia. Rumah penduduk yang tenggelam dan terlibat dalam projek Empangan Bakun telah dipindahkan ke perumahan baru di Sungai Asap.

Sungai Balui terletak di daerah Belaga,Sarawak,Malaysia. Ulu sungai ini terletaknya Empangan Bakun.Empangan Bakun tergendala pada 1998 berikutan krisis ekonomi Asia Tenggara 1998. Hujan hujan Tropika seluas negara Singapura akan ditenggelamkan. Empangan ini akan membekalkan 2,500 megawatt elektrik ke Semenanjung Malaysia dan Kalimantan,Indonesia. Kabel dasar laut terpaksa dibina dari Sarawak ke Kepulauan Natuna seterusnya ke Johor,Semenanjung Malaysia.

Sungai Ladong terletak di Simunjan,Samarahan,Sarawak.Pada 24 Januari 2010, sebuah pesawat terhempas di atas sebuah pokok di hutan Sungai Ladong. Seorang maut dan seorang doktor cedera ringan

Johor

Sungai Kesang mengalir dari Gunung Ledang di negeri Johor . Sungai ini menjadi garis sempadan antara negeri Johor dengan Melaka. Ketinggian Gunung Ledang ialah 1276 meter.

Sungai Rengit terletak di Rengit, Pengerang, tenggara Johor, Malaysia. Air sungai ini mengalir ke Laut China Selatan.

Sungai Rambah terletak di kawasan Pontian, negeri Johor , negara Malaysia. Air sungai ini mengalir ke Selat Melaka. Di kuala sungai ini terletaknya Pusat Rekreasi Sungai Rambah.

Sungai Lebam terletak di Desaru,timur negeri Johor, negara Malaysia. . Kerajaan negeri Johor melalui agensi Perbadanan Taman Negara Johor]] hendak memajukan Sungai Lebam sebagai kawasan persinggahan burung ramsar dan dimanfaatkan untuk industri perlancongan .Pelancong boleh menaiki bot untuk meninjau kehidupan dan keunikan kelip-kelip yang hinggap di atas pokok berembang dan mengeluarkan cahaya terang dari tubuhnya.

Sungai Pulai terletak di Pulai, negeri Johor, negara Malaysia. Kerajaan negeri Johor melalui agensi Perbadanan Taman Negara Johor hendak memajukan Sungai Pulai sebagai kawasan persinggahan burung ramsar.

Sungai Santi terletak berhampiran Hutan Simpan Sungai Santi,timur negeri Johor, negara Malaysia. Sungai ini berhampiran dengan Kampung Gambu,Kampung Punggai, Kampung Setajam, Bandar Penawar dan Felda Adela. Kerajaan negeri Johor melalui agensi Perbadanan Taman Negara Johor]] hendak memajukan Sungai Santi sebagai kawasan persinggahan burung ramsar dan dimanfaatkan untuk industri perlancongan .

Sungai Sebana terletak di Kota Tinggi,timur negeri Johor, negara Malaysia. . Kerajaan negeri Johor melalui agensi Perbadanan Taman Negara Johor hendak memajukan Sungai Sebana sebagai kawasan persinggahan burung ramsar dan dimanfaatkan untuk industri perlancongan .
Di sini terletaknya Sebana Cove Resort. Jeti Tanah Merah telah dibina oleh kerajaan di kawasan ini bagi memudahkan pelancong tempatan dan Singapura untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

0 comments: