Negeri | Bil Loji Rawatan Kumbahan | Jumlah Penduduk | Kadar Alir (m3/hari) | Beban BOD (kg/hari) |
Selangor | 2,649 | 6,366,224 | 1,432,400 | 358,100.10 |
Perak | 1,398 | 1,373,084 | 308,944 | 77,235.98 |
Johor | 1,038 | 1,265,618 | 284,764 | 71,191.01 |
Negeri Sembilan | 937 | 1,001,532 | 225,345 | 56,336.18 |
Kedah | 782 | 601,618 | 135,364 | 33,841.01 |
Melaka | 751 | 622,932 | 140,160 | 35,039.93 |
Pulau Pinang | 657 | 2,198,113 | 494,575 | 123,643.86 |
Pahang | 510 | 337,231 | 75,877 | 18,969.24 |
WP Kuala Lumpur | 306 | 2,760,202 | 621,045 | 155,261.36 |
Terengganu | 227 | 80,957 | 18,215 | 4,553.83 |
Perlis | 41 | 21,066 | 4,740 | 1,184.96 |
WP Labuan | 32 | 43,099 | 9,697 | 2,424.32 |
WP Putrajaya | 9 | 73,822 | 16,610 | 4,152.49 |
Total | 9,337 | 16,745,498 | 3,767,736 | 941,934.27 |
Monday, May 9, 2011
█▓▒░► ●BEBAN BOD● ◄░▒▓█
Pelepasan effluen daripada loji rawatan kumbahan termasuk yang telah dirawat sepenuhnya atau dirawat separuh merupakan penyumbang kepada beban pencemar organik utama. Dianggarkan sebanyak 941,934.27 kg/hari beban BOD dilepaskan dari loji rawatan kumbahan. Ini diikuti oleh effluen dari ladang khinzir sebanyak 223,062 kg/hari dan industri pembuatan dan industri berasakan pertanian sebanyak 81,596.83 kg/hari.
Posted by rpritibah at 1:00 AM 0 comments
█▓▒░► ● PEMBAZIRAN AIR● ◄░▒▓█
Air atau nama saintifiknya hidrogen oksida {H20} merupakan elemen hidup yang amat penting, kini dikatakan mengalami ancaman kekeringan disebabkan oleh pelbagai aktiviti pembaziran yang tidak dikawal. Kita harus sedar, tanpa air, manusia hanya mampu hidup selama seminggu sahaja. Ini adalah kerana 65% daripada tubuh manusia terdiri daripadanya. Sekiranya tubuh kita kehilangan air, kita akan mengalami penyahhidratan dan kemungkinan besar akan mati. Ini menunjukkan betapa pentingnya air di dalam tubuh badan kita selain daripada keperluan untuk pelbagai aktiviti harian seperti mandi, membasuh, memasak, mencuci dan juga keperluan di kilang-kilang perindustrian.
Sejauh manakah kesedaran kita akan hakikat dan apakah langkah-langkah wajar yang telah diambil dalam usaha mengurangkan proses pengeringan tersebut? Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita telusuri sedikit fakta daripada pakar geografi dimana telah disahkan bahawa bumi ini diliputi oleh 71% air. Air tawar dikatakan cuma 2.53% daripadanya. Manakala 69% daripada 71% air tersebut terdiri daripada permafost dan bongkah ais glasier. Sekitar 0.3% sahaja daripada keseluruhan air tawar yang ada di muka bumi ini yang boleh dijadikan air minuman terutamanya kepada manusia dan haiwan.
0.3% bukanlah satu jumlah yang besar jika mahu dibandingkan dengan jutaan pengguna yang ada di muka bumi ini. Ini adalah kerana, selain dari untuk penggunaan rutin manusia, air juga terlibat di dalam pelbagai kegunaan seperti pengairan untuk tanah-tanah pertanian, penghasilan elektrik di stesyen-stesyen janakuasa dan juga berfungsi sebagai pengalir keluar bahan cemar atau kumuh industri moden. Selain dari itu, pada zaman yang serba canggih ini, kita dapati proses ekologi yang menghasilkan air tawar sering diganggu pula oleh aktiviti pembangunan dan pengurusan alam sekitar yang tidak terancang. Pembinaan bangunan-bangunan, rumah-rumah kediaman, pusat-pusat rekreasi dan sebagainya dengan mengenepikan kelestarian sistem ekologi turut menyumbang kepada ancaman ini. Pertambahan penduduk dan pengurusan yang tidak teratur juga telah menjadi penyokong ke arah ancaman kekeringan yang sedia ada. Kerja-kerja pembalakan dan pembangunan yang sering berlaku di kawasan hutan telah secara tidak langsung menyebabkan juga gangguan proses ekologi di kawasan tadahan membuatkan kualiti dan kuantiti air telah menurun.
Dalam masa yang sama, kita dapati ada segolongan manusia yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah ke dalam sungai atau mencampakkan sisa-sisa toksid ke dalam laut yang membuatkan air tercemar dam amat berbahaya jika digunakan. Air yang telah tercemar boleh membunuh ikan-ikan dan haiwan-haiwan lain yang meminumnya. Ia juga boleh membuatkan penggunanya mudah dijangkiti pelbagai penyakit.
Kita seharusnya tidak mudah melupakan kepentingan sungai yang mana merupakan satu aset penting lantaran kepelbagaian fungsinya kepada kita dan makhluk-makhluk Allah yang lain. Sikap para pemaju, pengusaha, peniaga-peniaga dan segelintir manusia yang hanya memikirkan agenda serta keuntungan sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pengguna yang lain juga amat dikesali. Langkah-langkah wajar harus diambil untuk mengelakkan pembaziran air juga tindakan tegas harus dikenakan supaya aktiviti pencemaran tidak lagi berlaku berleluasa. Individu atau pihak yang terlibat ini sebenarnya tidak langsung bimbang akan ancaman kekeringan air kerana mereka berpendapat, hujan yang menjujuh sepanjang tahun tidak mampu memberi apa-apa kesan kepada tindakan mereka. Realitinya, alasan tersebut meleset sama sekali kerana pada tahun 1998, Jabatan Alam Sekitar telah melaporkan bahawa 1/3 daripada sungai di negara kita telah tercemar dan fenomena banjir lumpur serta banjir kilat juga sering berlaku sedangkan dalam masa yang sama bekalan air minuman semakin berkurangan. Ini membuktikan, limpahan hujan yang turun sepanjang tahun bukanlah alasan yang boleh diterima sebagai faktor tidak berlaku kekeringan air. Pembangunan yang tidak terkawal, dengan melenyapkan belantara-belantara tebal, pokok-pokok menjadi gondol, bukit bukau menjadi rata, gunung-ganang menjadi botak, telah dibuktikan menjadi salah satu penyebab besar terhakisnya sumber air di sungai-sungai di negara kita. Dalam soal ini, kita tidak harus melupakan bahawa bekalan air minuman kita mempunyai hubung kait yang amat rapat dengan hutan hujan khatulistiwa.
Dari fakta ilmu geografi, kebanyakkan air yang mengalir ke sungai lazimnya berpunca dari kawasan perbukitan atau pergunungan berhutan tebal. Apabila hujan turun ke bumi, 1/3 akan diserap oleh tumbuhan, selebihnya diserap menjadi air bawah tanah. Ini adalah proses ghalib yang terjadi. Sekiranya tidak terganggu oleh apa-apa aktiviti penebangan pokok dan penggondolan muka bumi. Tetapi sekiranya keseimbangan ini diganggu oleh aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut, ia akan menyebabkan peningkatan pengaliran air ke permukaan bumi yang dikaitkan dengan masalah pencemaran, banjir dan tanah runtuh. Jumlah air bawah tanah pula akan berkurangan dan menjejaskan kitaran air. Kendatipun tumbuhan semula jadi di kawasan tadahan membantu mengelakkan hakisan tanah dan bertindak sebagai penapis yang menghasilkan kualiti air sungai baik. Inilah yang seharusnya difahami serta disedari oleh kita dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar supaya ancaman terhadap kekeringan air dapat dihapuskan.
Kita harus menanam sikap menyayangi air. Jangan biarkan dunia ini kontang lantaran sikap yang negatif menjadi amalan. Hargailah kepentingan air yang menjadi keperluan utama kepada keharmonian, kesejahteraan dan kesempurnaan hidup makhluk sejagat. Tanamkanlah tugu keinsafan bahawa pertambahan jumlah penduduk dan perindustrian telah begitu banyak menyumbang kepada kadar penggunaan air yang tinggi dan seterusnya meningkatkan permintaan terhadap air sedang sikap tidak bertanggungjawab terhadap mengurangkan kadar ancaman kekeringan air terus juga diamalkan. Sebagai manusia yang dianugerahkan akal oleh Allah, yang memisahkan kita dengan haiwan, marilah kita bertindak segera menjimatkan penggunaan air bagi menjamin bekalannya tidak terganggu pada masa hadapan. Sebagai seorang manusia, kita hanya memerlukan 50 liter yakni lebih kurang 30 botol air mineral bersaiz 1 kg air sehari sebagai keperluan asas. Jumlah itu digunakan untuk minuman sebanyak 5 liter, proses kebersihan peribadi sebanyak 20 liter, mandi sebanyak 15 liter dan penyediaan makanan sebanyak 15 liter. Walaupun begitu, penggunaan air mampu mencapai 500 liter bagi setiap individu yakni bersamaan 333 botol air mineral bersaiz 1 kg sekiranya sikap suka membazir tidak dikawal.
Di bawah ini, merupakan langkah-langkah ringkas penjimatan yang harus diamalkan oleh setiap individu dalam usaha membantu mengurangkan kadar pengeringan air dan pencemarannya di muka bumi.
- Jangan membuang sampah atau apa sahaja yang boleh dianggap sisa buangan ke dalam sungai, parit, saliran, tasik atau laut.
- Kurangkan penggunaan bahan kimia dan racun perosak terhadap tanaman di dalam taman seperti rumput rampai dan pokok-pokok bunga.
- Sewaktu di bilik membasuh, jimatkan air dengan mengelakkan air paip mengalir secara berterusan. Gunakan baldi atau besen apabila mencuci pinggan mangkuk, makanan dan sebagainya. Ketika memberus gigi contohnya: gunakanlah hanya segelas atau secawan air. Jangan biasakan menggunakan air terus dari mulut pili yang mengalir deras. Sekiranya ini dilakukan bermakna kita telah membazir air sebanyak lebih kurang 9 liter seminit. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Air paip yang dibiarkan menitik boleh membazirkan 12,000 liter setahun.
- Penuhi mesin basuh dengan pakaian yang hendak dicuci. Jangan biarkan banyak ruang kosong. Cara ini dapat menjimatkan air sebanyak lebih kurang 23,000 liter air setahun.
- Kurangkan masa mandian secara shower. Mandi menggunakan baldi kecil atau penceduk adalah cara yang baik. Lebih kurang 17,000 liter air dapat dijimatkan sekiranya mandi dihadkan selama 5 minit sahaja.
- Setiap rumah terutamanya rumah orang-orang Islam perlu mempunyai sebuah kolam bagi menyimpan air hujan. Kolam tersebut mestilah melebihi saiz dua kolah supaya dapat berwuduk secara mencelupkan anggota selain dari dapat digunakan untuk kegiatan mencuci luar rumah seperti mencuci kereta, menyiram pokok tanaman, mencuci lantai dan sebagainya. Negara kita menikmati 3000 mm hujan setiap tahun. Secara purata, sebuah rumah boleh menjimatkan 40% bersamaan 180,000 liter kegunaan air setiap tahun dengan air hujan yang dikumpulkan.
- Berjimat sewaktu mengepam tandas. Tangki tandas yang menggunakan sistem pam separuh atau isipadu yang lebih kecil boleh menjimatkan 35,000 liter air setahun. Sekiranya menggunakan tandas model lama, letakkan bekas plastik berisi pasir atau batu-batu kecil ke dalam tangki. Bekas itu akan mengurangkan air untuk setiap pam tanpa menggangu keupayaan tandas tersebut.
- Kurangkan kekerapan mencuci kereta. Memadailah seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk mengelakkan pembaziran air. Kalau boleh, gunakan baldi dan bukannya hos untuk kerja-kerja pencucian tersebut.
- Selalulah membuat pemeriksaan kebocoran terhadap tangki-tangki air yang terdapat di rumah. Cara ini mampu menghalang pembaziran beribu-ribu liter air sebulan.
- Kitar semula dan guna pakai kembali air yang telah digunakan. Contohnya, tadah air mandian untuk digunakan untuk menyiram tanaman, air basuhan pinggan mangkuk untuk mencuci tandas dan sebagainya. Dengan cara ini, pembaziran air dapat dielakkan
Posted by rpritibah at 12:58 AM 0 comments
░► ● RAKYAT MALAYSIA PALING BANYAK MEMBAZIR AIR● ◄░
Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.
Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.
“Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan,” katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.
Chin berkata mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.
“Kita tidak sedar tindakan kecil seperti membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi dan mengabaikan kebocoran paip boleh mengakibatkan jumlah
besar pembaziran air yang dirawat,” katanya.
Karnival sehari dengan tema ’1Hijau 1Komuniti’ yang dianjurkan oleh kementerian dan Greentech Malaysia antara lain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup kehijauan serta menonjolkan inisiatif kehijauan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Seramai hampir 4,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang menampilkan pelbagai aktiviti termasuk permainan untuk kanak-kanak, konsert mini, bengkel
pendidikan dan menukar barangan kitar semula dengan hadiah.
Posted by rpritibah at 12:56 AM 0 comments
Kempen Cintailah Sungai Kita
Kempen Cintailah Sungai Kita yang dimulakan pada tahun 1993 bertujuan mewujudkan kesedaran betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu serta bagi menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai.
Tanggal 10hb November 2000 adalah hari bersejarah bagi wargakerja Jabatan Pengairan dan Saliran , kerana pada julung kalinya YAB Perdana Menteri dapat meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Kempen Cintailah Sungai Kita Peringkat Kebangsaan Tahun 2000.
Ketibaan YAB Pendana Menteri dan isteri disambut oleh YAB Menteri Besar Kedah, YB Menteri Pertanian Malaysia, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Kanan JPS dan lebih 5,000 orang rakyat.
YAB Perdana Menteri serta dif-dif kehormat kemudianya menyusuri Sungai Kedah menaikiBahtera Perdana dan diiring oleh perbarisan perahu dan kayak dari Tanjung Chali, Alor Star hingga ke pentas khas di Ampang Jajar di mana upacara perasmian diadakan. Upacara telah disiarkan secara langsung oleh Televisyen Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya telah menekankan tentang perlunya bersyukur kepada Allah atas kurniaan alam yang begitu indah seperti ribuan batang sungai yang terdapat di negara ini. Sungai merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya dan perlu dijaga dengan baik. "Seperti kita menjaga kekasih kita, kita perlu menjaga sungai supaya ianya sentiasa nampak bersih dan cantik kerana kita cinta kepada sungai." kata YAB Perdana Menteri. Sungai menjadi kotor kerana manusia tidak sayang kepadanya dan menjadikannya tempat pembuangan sampah dan kotoran. Sudah tibalah masanya setiap individu memainkan peranan yang lebih untuk memelihara sungai.
Semasa Majlis Pelancaran ini, YAB Perdana Menteri telah menerima surat akuan sokongan memelihara dan memulihara sungai daripada segenap lapisan rakyat, pihak swasta dan agensi kerajaan. Penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah-sekolah di Negeri Kedah telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
YAB Perdana Menteri juga telah berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Sungai Angkat Peringkat Kebangsaan. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan peringkat negeri iaitu pertandingan fotografi dan halaman indah telah disempurnakan YAB Menteri Besar Kedah.
Majlis Pelancaran ini disempurnakan dengan penyampaian cenderahati simbolik sampel-sampel air sungai daripada tujuh (7) kuala sungai di Malaysia oleh YB Meteri Pertanian kepada YAB Perdana Menteri.
Posted by rpritibah at 12:42 AM 0 comments
Saturday, May 7, 2011
█▓▒░► ● PENGERTIAN AIR● ◄░▒▓█
Posted by rpritibah at 6:11 AM 0 comments
█▓▒░► ● KADAR BEKALAN AIR● ◄░▒▓█
Kuantiti air dalam satu-satu kawasan takungan atau empangan bergantung kepada banyak faktor. Faktor-faktor ini menentukan kuantiti air untuk memenuhi permintaan satu-satu kawasan atau negara.
Umumnya terdapat 3 faktor yang digunakan untuk memastikan permintaan air sejajar dengan kuantiti air yang menjadi sumber bekalan. Antaranya ialah air yang masuk, keluar dan bekalan simpanan.
1. Pertambahan kuantiti air
Air yang masuk merupakan salah satu punca untuk menakungkan air dalam kuantiti yang banyak. Air ini akan mengambil kira satu tempoh masa yang panjang dan berkekalan. Jika tidak penggunaan kuantiti air akan dikurangkan untuk memastikan bekalan air mencukupi. Antara air yang boleh dijadikan punca untuk menstabilkan kuantiti empangan atau takungan air:
• Jumlah hujan
Jumlah hujan yang banyak menyebabkan takungan air bertambah. Hujan yang turun dengan lebat membolehkan kuantiti air bertambah sehingga melepasi benteng takungan air. Pada masa ini jumlah air boleh ditampung apabila membina takungan kedua atau ketiga. Terdapat juga takungan yang lebih dalam dan lebar dibina untuk menakung air hujan yang banyak.
• Kemasukan air sungai
Air yang bertakung datangnya dari sungai. Apabila hujan turun dengan lebat membolehkan paras air sungai naik. Sungai yang naik mengalirkan air yang cukup banyak sehingga ke kawasan takungan. Oleh sebab itulah takungan turut bertambah apabila paras air sungai bertambah.
• Pergerakan air bumi
Air yang bertakung di dalam takungan bukan sahaja diperolehi daripada air sungai atau hujan, tetapi juga pergerakan air di dalam perut bumi. Takungan yang baik ditempatkan di kawasan paya yang mempunyai aliran mata air yang boleh membekalkan air. Jumlah mata air yang banyak dapat menstabilkan kuantiti air di takungan.
• Kumbahan dan keluaran industri
Punca-punca air juga boleh didapati daripada sumber-sumber lain. Antaranya ialah daripada sektor industri. Sektor ini mengeluarkan sisa-sisa kumbahan yang banyak. Oleh itu air kumbahan ini boleh dialirkan ke kawasan takungan apabila dikitar semula. Kerajaan menyarankan supaya air yang telah terpakai dikitar semula untuk mengurangkan pergantungan kepada air takungan.
• Pindahan air dari terusan
Di beberapa buah negara yang mempunyai terusan disebabkan aktiviti pertanian boleh disalirkan ke takungan. Terusan adalah saliran yang dibuat oleh manusia untuk menyalirkan air ke kawasan pertanian. Oleh kerana bekalan air yang banyak, tidak diperlukan akan dimasukkan ke takungan untuk kegunaan di kawasan lain pula.
2. Pengurangan kuantiti air
Air yang keluar merupakan kehilangan air dalam kuantiti tertentu. Pengeluaran ini akan menyebabkan air bertambah kurang sehingga permintaan yang banyak tidak dapat dipenuhi.
Pengurangan kuantiti air tidak hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek yang disebabkan kebocoran, tetapi juga disebabkan faktor lain yang mengambil masa yang panjang untuk mengurangkan kuantiti air. Antara faktor yang boleh mengurangkan kuantiti air ialah:
• Penyejatan dan transpirasi
Penyejatan air sering berlaku apabila cahaya matahari menyinar ke takungan dalam tempoh masa yang lama. Takungan yang terdedah seperti empangan memudahkan penyejatan dan transpirasi.
Proses penyejatan dan transpirasi sering berlaku di negara-negara yang mempunyai suhu panas sepanjang tahun. Ini menyebabkan kuantiti air di takungan berubah.
• Air terkeluar dari kawasan tadahan
Takungan menghadapi masalh pengurangan air disebabkan terdapat ruang-ruang yang berada di permukaan bumi. Ruang-ruang udara ini menyebabkan air mengalir ke kawasan lain sehingga menjejaskan kuantiti air. Oleh sebab itu kawasan yang berpaya dan lembah dijadikan kawasan takungan yang baik kerana air tidak terserap atau mengalir keluar.
• Bekalan air disalur ke kawasan lain
Kuantiti air yang boleh berkurangan apabila digunakan untuk tujuan lain. Air takungan yang banyak seperti empangan bukan sahaja dibekalkan untuk air yang bersih tetapi juga digunakan untuk sektor pertanian. Oelh sebab itulah bukan semua takungan yang dibuat untuk kegunaan manusia tetapi juga digunakan untuk aktiviti yang lain.
• Penyejatan stesen hidro-elektrik
Kawasan takungan seperti empangan bukan sahaji digunakan untuk menyalirkan air kepada pengguna, tetapi juga mempunyai peranan sebagai penjana kuasa hidro elektrik. Penjanaan ini melibatkan jumlah air yang banyak.
Semasa proses penjanaan berlaku, air akan terpercik ke kawasan lain atau disejatkan oleh stesen kuasa. Oleh itulah kuantiti air tidak dapat ditentukan.
• Penyusupan pembentungan keluar
Air akan disalirkan ke pengguna menggunakan pembentungan. Pembentungan dibuat daripada besi atau asbestos. Semasa kerja-kerja pengangkutan dilakukan, terdapat air meresap keluar. Air ini tidak boleh diguna sepenuhnya apabial kuantiti air berkurangan.
3. Penetapan kuantiti air
Air tidak akan mengalami perubahan apabila kawasan takungan mempunyai ciri-ciri yang boleh mengurangkan sejatan atau pertambahan kuantiti air. Oleh itu bekalan air boleh disalurkan lebih baik kepada semua pengguna dengan tepat. Antara faktor yang boleh mengurangkan pengaruh kuantiti air ialah:
• Perubahan lembapan tanah
Takungan air banyak dibina di kawasan yang mempunyai saliran yang baik, bertanah paya dan berlembah. Pembinaan di kawasan ini boleh menyebabkan kuantiti air takungan tidak berubah disebabkan kawasan tersebut tidak menyerap air. Selain itu kawasan yang bersuhu lembap juga boleh menstabilkan kuantiti air di takungan.
• Perubahan kandungan takungan terkurung
Takungan terkurung adalah takungan air yang dibina bumbung untuk memastikan tidak berlaku sejatan. Takungan terkurung ini melibatkan kos pembinaan yang banyak kerana terpaksa membina dinding, lantai dan bumbung yang kedap udara. Ini adalah untuk mengelakkan air keluar. Oleh sebab itu tidak berlaku perubahan kuantiti air dalam takungan terkurung.
• Perubahan simpanan Akuifer
Simpanan akuifer adalah takungan air yang digali ke dalam perut bumi. Takungan ini lebih dalam dan sukar dipastikan kuantiti air yang sebenar. Ini disebabkan terdapat lubang semula jadi yang boleh diperolehi di dalam perut bumi.
Sungguhpun demikian perubahan simpanan akuifer ini tidak menjejaskan kuantiti yang dikehendaki kerana jumlah air yang banyak. Oleh itu adalah lebih menguntungkan membina takungan akuifer pada masa hadapan.
Posted by rpritibah at 6:10 AM 0 comments
█▓▒░► ● KITARAN AIR ●◄ ░▒▓█
Posted by rpritibah at 6:08 AM 0 comments
░► ● PENGUNAAN AIR DI MALAYSIA● ◄░
Posted by rpritibah at 5:37 AM 0 comments
█▓▒░► ● AIR HUJAN● ◄░▒▓█
Posted by rpritibah at 5:34 AM 0 comments
█▓▒░► ● Laut● ◄░▒▓█
Posted by rpritibah at 5:05 AM 0 comments
█▓▒░► ● Tasik● ◄░▒▓█
Posted by rpritibah at 5:00 AM 0 comments
█▓▒░► ●Sungai-Sungai Di Malaysia ●◄░▒▓█
Sarawak
Sungai Miri terletak di Miri, Sarawak, Malaysia. Muara sungai ini menjadi kawasan petempatan penduduk yang penting terutama setelah petroleum ditemui di daratan Miri pada 1910. Petroleum di jumpai di Bukit Telaga Minyak, Miri dan kini dijadikan Muzium Petroleum. Ramai penduduk berhijrah ke sini terutama kaum Cina kerana banyak peluang pekerjaan. Miri juga berhampiran dengan negara Brunei dan ramai pelancong dari
Posted by rpritibah at 4:42 AM 0 comments